BM | EN | 中文

COVID-19: Kes harian kembali ke angka tunggal

corona-covid-19-virus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Hari ini mencatatkan kes baharu positif COVID-19 di Malaysia ke angka tunggal iaitu sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,985 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Sementara itu daripada sembilan kes baharu hari ini, dua adalah penularan tempatan dan bakinya tujuh adalah kes import.

Advertisement

Terdapat hanya tiga kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,647 kes.

Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,985 kes dengan 96.24 peratus kadar sembuh bersamaan 8,647 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 213 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top