BM | EN | 中文

COVID-19: Kes harian baru menurun ke angka tujuh, tiga penularan tempatan

dg-hisham-27-julai.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 JUL: Hari ini mencatatkan tujuh kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,904 kes.

Daripada tujuh kes baharu hari ini, tiga adalah kes tempatan dan empat adalah kes import.

Terdapat hanya satu kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,601 kes.

Advertisement

Sementara itu tiada pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,904 kes dengan 96.60 peratus kadar sembuh bersamaan 8,601 pesakit, manakala 124 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Sehingga kini sejumlah 179 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top