BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru menurun ke 970, empat kematian, kes aktif 12,971

DG-Hisham-KKM-25-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 345 kes.

Sementara itu jangkitan harian menurun kepada 970 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 59,817.

Daripada 970 kes yang dilaporkan hari ini, 965 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Terdapat 2,348 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 46,501 kes.

Sementara itu terdapat 110 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 59,817 kes dengan 77.5 peratus kadar sembuh bersamaan 46,501 pesakit, manakala 345 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 12,971 kes aktif pada kadar 21.7 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top