BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru menurun ke 935, tiga kematian, kes aktif 11,348

DG-Hisham-KKM-26-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 348 kes.

Sementara itu jangkitan harian menurun kepada 935 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 60,752.

Daripada 935 kes yang dilaporkan hari ini, 931 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Terdapat 2,555 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 49,056 kes.

Sementara itu terdapat 110 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 60,752 kes dengan 80.8 peratus kadar sembuh bersamaan 49,056 pesakit, manakala 348 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,348 kes aktif pada kadar 18.7 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top