KUALA LUMPUR, 28 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 354 kes.
Sementara itu jangkitan harian meningkat kepada 1,315 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 63,176.
Daripada 1,315 kes yang dilaporkan hari ini, 1,310 adalah penularan tempatan dan lima kes import.
Terdapat 1,110 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 51,314 kes.
Sementara itu terdapat 118 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 63,176 kes dengan 81.2 peratus kadar sembuh bersamaan 51,314 pesakit, manakala 354 kematian bersamaan 0.60 peratus.
Sehingga kini sejumlah 11,508 kes aktif pada kadar 18.3 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini