BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru meningkat kepada 4,094 kes, sepuluh kematian, kes aktif 43,192

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah sebanyak 4,094 kes dengan jumlah kumulatif 198,208 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sepuluh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 717 kes.

Daripada 4,094 kes yang dilaporkan hari ini, 4,086 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,281 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 154,229 kes.

Sementara itu terdapat 303 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 198,208 kes dengan 77.9 peratus kadar sembuh bersamaan 154,229 pesakit, manakala 717 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 43,192 kes aktif pada kadar 21.8 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top