BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 959, lima kematian, kes aktif 10,748

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 393 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 959 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 76,265.

Daripada 959 kes yang dilaporkan hari ini, 953 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,068 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 65,124 kes.

Sementara itu terdapat 127 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 61 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 76,265 kes dengan 85.4 peratus kadar sembuh bersamaan 65,124 pesakit, manakala 393 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,748 kes aktif pada kadar 14.09 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top