BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 941 dengan lima kematian, kes aktif 14,219

coronavirus_covid19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 941 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 342,885 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,260 kes.

Daripada 941 kes yang dilaporkan hari ini, 933 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,09 7 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 327,406 kes.

Sementara itu terdapat 166 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 73 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 342,885 dengan 95.48 peratus kadar sembuh bersamaan 327,406 pesakit, manakala 1,260 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,219 kes aktif pada kadar 4.15 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top