BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 851, dua kematian, kes aktif 10,686

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 365 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 851 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 68,020.

Daripada 851 kes yang dilaporkan hari ini, 847 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Dalam pada terdapat 658 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 56,969 kes.

Sementara itu terdapat 122 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 68,020 kes dengan 83.8 peratus kadar sembuh bersamaan 56,969 pesakit, manakala 365 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,686 kes aktif pada kadar 15.7 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top