BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 5,298 dengan 14 kematian, kes aktif 48,150

Covid-19-Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baru tertinggi berjumlah 5,298 kes dengan jumlah kumulatif 214,959 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 14 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 760 kes.

Daripada 5,928 kes yang dilaporkan hari ini, 5,295 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,522 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 166,409 kes.

Sementara itu terdapat 313 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 127 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 214,959 kes dengan 77.3 peratus kadar sembuh bersamaan 166,049 pesakit, manakala 760 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 48,150 kes aktif pada kadar 22.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top