KUALA LUMPUR, 13 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,855 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 488,077 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 27 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,788 kes.
Daripada 4,855 kes yang dilaporkan hari ini, 4,852 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.
Dalam pada itu 3,347 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 414,707 kes.
Sementara itu terdapat 481 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 247 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 458,077 dengan 90.93 peratus kadar sembuh bersamaan 414,707 pesakit, manakala 1,788 kematian bersamaan 0.39 peratus.
Sehingga kini sejumlah 41,582 kes aktif pada kadar 9.08 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini