BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,765 dengan 39 kematian, kes aktif 40,101

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,765 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 453,222 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 39 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,761 kes.

Daripada 4,765 kes yang dilaporkan hari ini, 4,758 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,124 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 411,360 kes.

Sementara itu terdapat 469 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 244 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 453,222 dengan 90.76 peratus kadar sembuh bersamaan 411,360 pesakit, manakala 1,761 kematian bersamaan 0.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 40,101 kes aktif pada kadar 8.85 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top