BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,571 dengan 17 kematian, kes aktif 48,771

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,571 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 231,483 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 17 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 826 kes.

Daripada 4,571 kes yang dilaporkan hari ini, 4,568 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,092 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 181,886 kes.

Sementara itu terdapat 308 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 135 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 231,483 kes dengan 78.6 peratus kadar sembuh bersamaan 181,886 pesakit, manakala 826 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 48,711 kes aktif pada kadar 21.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top