BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,519 dengan 25 kematian, kes aktif 36,564

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,519 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 436,944 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 25 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,657 kes.

Daripada 4,519 kes yang dilaporkan hari ini, 4,514 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,719 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 398,723 kes.

Sementara itu terdapat 393 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 210 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 436,944 dengan 91.25 peratus kadar sembuh bersamaan 398,723pesakit, manakala 1,657 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 36,564 kes aktif pada kadar 8.37 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top