BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,498 dengan 22 kematian, kes aktif 34,789

covid19-virus-coronavirus.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,498 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 432,425 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 22 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,632 kes.

Daripada 4,498 kes yang dilaporkan hari ini, 4,493 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,449 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 396,004 kes.

Sementara itu terdapat 372 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 199 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 432,425 dengan 91.50 peratus kadar sembuh bersamaan 396,004 pesakit, manakala 1,632 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 34,789 kes aktif pada kadar 8.04 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top