KUALA LUMPUR, 3 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,284 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 226,912 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 18 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 809 kes.
Daripada 4,284 kes yang dilaporkan hari ini, 4,278 adalah penularan tempatan dan enam kes import.
Dalam pada itu 3.804 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 177,794 kes.
Sementara itu terdapat 307 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 141 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 226,912 kes dengan 78.4 peratus kadar sembuh bersamaan 177,794 pesakit, manakala 809 kematian bersamaan 0.4 peratus.
Sehingga kini sejumlah 48,309 kes aktif pada kadar 21.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini