BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,275 kes, tujuh kematian, kes aktif 42,769

COVID_19_Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi baharu iaitu sebanyak 4,275 kes dengan jumlah kumulatif 180,455 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 667 kes.

Daripada 4,275 kes yang dilaporkan hari ini, 4,264 adalah penularan tempatan dan 11 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,313 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 137,019 kes.

Sementara itu terdapat 260 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 103 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 180.455 kes dengan 75.9 peratus kadar sembuh bersamaan 137,019 pesakit, manakala 667 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 42,769 kes aktif pada kadar 23.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top