BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,214 dengan sepuluh kematian, kes aktif 48,074

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baru berjumlah 4,214 kes dengan jumlah kumulatif 219,713 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sepuluh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 770 kes.

Daripada 4,214 kes yang dilaporkan hari ini, 4,205 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,280 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 170,329 kes.

Sementara itu terdapat 316 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 137 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 219,173 kes dengan 77.7 peratus kadar sembuh bersamaan 170,329 pesakit, manakala 770 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 48,074 kes aktif pada kadar 21.9 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top