BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,140 dengan 44 kematian, kes aktif 42,135

covid19-virus-coronavirus.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,140 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 466,330 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 44 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,866 kes.

Daripada 4,140 kes yang dilaporkan hari ini, 4,131 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,432 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 422,329 kes.

Sementara itu terdapat 503 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 466,330 dengan 90.56 peratus kadar sembuh bersamaan 422,329 pesakit, manakala 1,866 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 42,135 kes aktif pada kadar 9.04 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top