BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,113 dengan 34 kematian, kes aktif 41,471

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 4,113 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 462,190 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 34 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,822 kes.

Daripada 4,113 kes yang dilaporkan hari ini, 4,112 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,190 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 418,897 kes.

Sementara itu terdapat 482 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 250 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 462,190 dengan 90.63 peratus kadar sembuh bersamaan 418,897 pesakit, manakala 1,822 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 41,471 kes aktif pada kadar 8.97 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top