BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 4,008 kes, 11 kematian, kes aktif 41,087

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 4,008 kes dengan jumlah kumulatif 169,379 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 630 kes.

Daripada 4,008 kes yang dilaporkan hari ini, 4,003 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,374 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 127,662 kes.

Sementara itu terdapat 246 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 96 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 169,379 kes dengan 75.4 peratus kadar sembuh bersamaan 127,662 pesakit, manakala 630 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 41,087 kes aktif pada kadar 24.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top