BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,973 dengan 22 kematian, kes aktif 38,499

COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,973 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 448,457 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 22 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,722 kes.

Daripada 3,973 kes yang dilaporkan hari ini, 3,968 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,848 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 408,236 kes.

Sementara itu terdapat 453 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 244 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 448,457 dengan 91.03 peratus kadar sembuh bersamaan 408,236 pesakit, manakala 1,722 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 38,499 kes aktif pada kadar 8.59 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top