BM | EN | 中文

COVID-19: Kes harian baru 39 dengan 28 penularan tempatan

coronavirus-covid-19-covid.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Hari ini mencatatkan 39 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,943 kes.

Daripada 39 kes baharu hari ini, 28 adalah kes tempatan dan 11 kes import.

Terdapat hanya enam kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,607 kes.

Advertisement

Sementara itu seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,943 kes dengan 96.24 peratus kadar sembuh bersamaan 8,607 pesakit, manakala 124 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Sehingga kini sejumlah 212 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top