BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,807 dengan 17 kematian, kes aktif 37,396

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,807 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 444,484 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 17 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,700 kes.

Daripada 3,807 kes yang dilaporkan hari ini, 3,802 adalah penularan tempatan dan 17 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,454 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 405,388 kes.

Sementara itu terdapat 434 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 224 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 444,484 dengan 91.20 peratus kadar sembuh bersamaan 405,388 pesakit, manakala 1,700 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 37,396 kes aktif pada kadar 8.41 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top