BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,788 dengan 14 kematian, kes aktif 29,227

covid-19-coronavirus-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,788 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 408,713 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 14 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,502 kes.

Daripada 3,788 kes yang dilaporkan hari ini, 3,786 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,640 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 377,980 kes.

Sementara itu terdapat 328 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 408,713 dengan 92.48 peratus kadar sembuh bersamaan 377,980 pesakit, manakala 1,506 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 29,227 kes aktif pada kadar 7.19 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top