BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,780 dengan 36 kematian, kes aktif 41,889

novel-coronavirus-covid-19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,780 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,330 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 36 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,902 kes.

Daripada 3,780 kes yang dilaporkan hari ini, 3,778 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,990 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 426,319 kes.

Sementara itu terdapat 520 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 470,110 dengan 90.69 peratus kadar sembuh bersamaan 426,319 pesakit, manakala 1,902 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 41,889 kes aktif pada kadar 8.91 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top