BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,744 dengan 17 kematian, kes aktif 32,939

COVID_19_Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,744 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 424,376 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 23 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,591 kes.

Daripada 3,744 kes yang dilaporkan hari ini, 3,737 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,304 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 389,846 kes.

Sementara itu terdapat 328 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 185 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 424,376 dengan 92.86 peratus kadar sembuh bersamaan 389,846 pesakit, manakala 1,591 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 32,939 kes aktif pada kadar 7.76 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top