BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,733 dengan 26 kematian, kes aktif 37,060

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,733 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 440,677 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 26 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,683 kes.

Daripada 3,733 kes yang dilaporkan hari ini, 3,727 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,211 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 401,934 kes.

Sementara itu terdapat 416 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 216 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 440,677 dengan 91.21 peratus kadar sembuh bersamaan 401,934 pesakit, manakala 1,683 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 37,060 kes aktif pada kadar 8.41 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top