BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,731 dengan 15 kematian, kes aktif 51,241

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,731 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 242,452 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 15 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 872 kes.

Daripada 3,731 kes yang dilaporkan hari ini, 3,723 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,369 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 190,339 kes.

Sementara itu terdapat 292 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 140 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 242,452 kes dengan 78.9 peratus kadar sembuh bersamaan 190,339 pesakit, manakala 872 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 51,241 kes aktif pada kadar 21.1 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top