KUALA LUMPUR, 27 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah sebanyak 3,680 kes dengan jumlah kumulatif 194,114 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 707 kes.
Daripada 3,680 kes yang dilaporkan hari ini, 3,674 adalah penularan tempatan dan enam kes import.
Dalam pada itu 1,858 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 151,018 kes.
Sementara itu terdapat 314 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 122 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 194,114 kes dengan 77.8 peratus kadar sembuh bersamaan 151,018 pesakit, manakala 707 kematian bersamaan 0.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 42,389 kes aktif pada kadar 21.8 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini