KUALA LUMPUR, 22 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,631 kes dengan jumlah kumulatif 176,180 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 18 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 660 kes.
Daripada 3,631 kes yang dilaporkan hari ini, 3,652 adalah penularan tempatan dan enam kes import.
Dalam pada itu 2,554 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 132,706 kes.
Sementara itu terdapat 251 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 102 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 176,180 kes dengan 75.3 peratus kadar sembuh bersamaan 132,706 pesakit, manakala 660 kematian bersamaan 0.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 42,814 kes aktif pada kadar 24.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini