BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,631 dengan 14 kematian, kes aktif 39,464

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,631 kes dengan jumlah kumulatif 165,371 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 14 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 619 kes.

Daripada 3,631 kes yang dilaporkan hari ini, 3,624 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,944 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 125,288 kes.

Sementara itu terdapat 238 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 96 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 165,371 kes dengan 75.8 peratus kadar sembuh bersamaan 125,288 pesakit, manakala 619 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 39,464 kes aktif pada kadar 23.9 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top