KUALA LUMPUR, 26 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah sebanyak 3,585 kes dengan jumlah kumulatif 190,434 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 700 kes.
Daripada 3,585 kes yang dilaporkan hari ini, 3,583 adalah penularan tempatan dan dua kes import.
Dalam pada itu 4,076 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 149,160 kes.
Sementara itu terdapat 280 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 111 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 190.434 kes dengan 78.3 peratus kadar sembuh bersamaan 149,160 pesakit, manakala 700 kematian bersamaan 0.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 40,574 kes aktif pada kadar 21.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini