BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,551 dengan 19 kematian, kes aktif 33,762

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,551 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 427,927 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 19 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,610 kes.

Daripada 3,551 kes yang dilaporkan hari ini, 3,535 adalah penularan tempatan dan 16 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,709 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 392,555 kes.

Sementara itu terdapat 354 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 199 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 427,927 dengan 91.73 peratus kadar sembuh bersamaan 392,555 pesakit, manakala 1,610 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 33,762 kes aktif pada kadar 7.89 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top