BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,545 dengan 12 kematian, kes aktif 30,677

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,544 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 291,774 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,088 kes.

Daripada 3,545 kes yang dilaporkan hari ini, 3,544 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,331 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 260,009 kes.

Sementara itu terdapat 189 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 88 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 291,774 kes dengan 89.11 peratus kadar sembuh bersamaan 260,009 pesakit, manakala 1,088 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 30,677 kes aktif pada kadar 10.52 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top