BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,499 dengan lima kematian, kes aktif 51,558

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,499 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 261,805 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 958 kes.

Daripada 3,499 kes yang dilaporkan hari ini 3,498 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,515 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 209,289 kes.

Sementara itu terdapat 263 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 261,805 kes dengan 79.9 peratus kadar sembuh bersamaan 209,289 pesakit, manakala 958 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 51,558 kes aktif pada kadar 19.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top