BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,418 dengan 12 kematian, kes aktif 30,339

covid-19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,418 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 415,012 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,533 kes.

Daripada 3,418 kes yang dilaporkan hari ini, 3,408 adalah penularan tempatan dan sepuluh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,698 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 383,140 kes.

Sementara itu terdapat 345 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 175 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 415,012 dengan 92.32 peratus kadar sembuh bersamaan 383,140 pesakit, manakala 1,533 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 30,339 kes aktif pada kadar 7.31 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top