BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,391 dengan 19 kematian, kes aktif 48,751

Coronavirus_COVID_19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,391 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 234,874 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 19 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 845 kes.

Daripada 3,391 kes yang dilaporkan hari ini, 3,387 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,392 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 185,278 kes.

Sementara itu terdapat 310 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 134 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 234,874 kes dengan 78.9 peratus kadar sembuh bersamaan 185,278 pesakit, manakala 845 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 48,751 kes aktif pada kadar 20.8 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top