BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,346 kes, 11 kematian, kes aktif 41,667

covid-19-coronavirus.png

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah sebanyak 3,346 kes dengan jumlah kumulatif 183,801 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 678 kes.

Daripada 3,346 kes yang dilaporkan hari ini, 3,339 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Dalam pada itu 4,427 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 141,446 kes.

Sementara itu terdapat 265 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 102 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 183.801 kes dengan 77 peratus kadar sembuh bersamaan 141,446 pesakit, manakala 678 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Sehingga kini sejumlah 41,667 kes aktif pada kadar 22.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top