BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,339 kes, tujuh kematian, kes aktif 37,782

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,339 kes dengan jumlah kumulatif 158,434 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 601 kes.

Daripada 3,339 kes yang dilaporkan hari ini, 3,324 adalah penularan tempatan dan 15 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,676 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 120,051 kes.

Sementara itu terdapat 240 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 93 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 158,434 kes dengan 75.8 peratus kadar sembuh bersamaan 120,051  pesakit, manakala 601 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 37,782 kes aktif pada kadar 23.9 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top