BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,337 kes, 15 kematian, kes aktif 33,989

covid-19-3337.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,337 kes dengan jumlah kumulatif 147,855 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaaysia (KKM) memaklumkan 15 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 578 kes.

Daripada 3,337 kes yang dilaporkan hari ini, 3,330 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,710 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 113,288 kes.

Sementara itu terdapat 195 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 147,855 kes dengan 76.6 peratus kadar sembuh bersamaan 113,288 pesakit, manakala 578 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 33,989 kes aktif pada kadar 23 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top