KUALA LUMPUR, 29 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,332 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 404,925 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 15 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,492 kes.
Daripada 3,332 kes yang dilaporkan hari ini, 3,323 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.
Dalam pada itu 1,943 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 375,340 kes.
Sementara itu terdapat 309 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 147 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 404,925 dengan 92.969 peratus kadar sembuh bersamaan 375,340 pesakit, manakala 1,492 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 28,093 kes aktif pada kadar 6.94 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini