KUALA LUMPUR, 12 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,318 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 258,306 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 17 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 953 kes.
Daripada 3,318 kes yang dilaporkan hari ini 3,311 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.
Dalam pada itu 3,505 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 205,774 kes.
Sementara itu terdapat 258 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 119 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 258,306 kes dengan 79.7 peratus kadar sembuh bersamaan 205,774 pesakit, manakala 953 kematian bersamaan 0.4 peratus.
Sehingga kini sejumlah 51,579 kes aktif pada kadar 20 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini