BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,306 kes, empat kematian, kes aktif 38,791

coronavirus-covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,306 kes dengan jumlah kumulatif 161,740 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 605 kes.

Daripada 3,306 kes yang dilaporkan hari ini, 3,299 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,293 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 122,344 kes.

Sementara itu terdapat 226 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 94 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 161,740 kes dengan 75.7 peratus kadar sembuh bersamaan 122,344 pesakit, manakala 605 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 38,791 kes aktif pada kadar 24 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top