BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,297 dengan lima kematian, kes aktif 33,304

covid19-coronavirus-infection.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,297 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 283,569 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,056 kes.

Daripada 3,297 kes yang dilaporkan hari ini, 3,291 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,456 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 283,569 kes.

Sementara itu terdapat 209 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 283,569 kes dengan 87.88 peratus kadar sembuh bersamaan 249,209 pesakit, manakala 1,056 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 33,304 kes aktif pada kadar 11.75 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top