BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,288 dengan 14 kematian, kes aktif 52,186

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,288 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 251,604 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 14 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 923 kes.

Daripada 3,288 kes yang dilaporkan hari ini 3,283 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,929 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 198,495 kes.

Sementara itu terdapat 285 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 181 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 251,604 kes dengan 78.9 peratus kadar sembuh bersamaan 198,495 pesakit, manakala 923 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 52,186 kes aktif pada kadar 20.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top