BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,211 kes, lapan kematian, kes aktif 35,253

coronavirus-covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,211 kes dengan jumlah kumulatif 151,066 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 586 kes.

Daripada 3,211 kes yang dilaporkan hari ini, 3,206 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,939 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 115,277 kes.

Sementara itu terdapat 204 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 151,066 kes dengan 76.3 peratus kadar sembuh bersamaan 115,277 pesakit, manakala 586 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 35,253 kes aktif pada kadar 23.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top