BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,170 kes, 12 kematian, kes aktif 41,755

covid-19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,170 kes dengan jumlah kumulatif 172,549 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 642 kes.

Daripada 3,170 kes yang dilaporkan hari ini, 3,162 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,490 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 130,152 kes.

Sementara itu terdapat 260 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 103 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 172,549 kes dengan 75.4 peratus kadar sembuh bersamaan 130,152 pesakit, manakala 642 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 41,755 kes aktif pada kadar 24.2 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top