BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,142 dengan 13 kematian, kes aktif 26,719

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,142 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 401,593 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 13 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,477 kes.

Daripada 3,142 kes yang dilaporkan hari ini, 3,129 adalah penularan tempatan dan 13 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,822 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 373,397 kes.

Sementara itu terdapat 306 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 151 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 401,593 dengan 92.98 peratus kadar sembuh bersamaan 373,397 pesakit, manakala 1,477 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 26,719 kes aktif pada kadar 6.65 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top