BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,120 dengan 23 kematian, kes aktif 31,516

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,120 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 420,632 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 23 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,574 kes.

Daripada 3,120 kes yang dilaporkan hari ini, 3,114 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,334 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 387,542 kes.

Sementara itu terdapat 338 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 181 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 420,632 dengan 92.14 peratus kadar sembuh bersamaan 387,542 pesakit, manakala 1,574 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 31,516 kes aktif pada kadar 7.49 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top